Tanya? Tanya !!! dan terus bertanya...

  Hati aku bertanya begini tapi minda aku menidakkan persoalan itu. Kadang-kadang aku pun tak paham.Huh!!! Kebanyakkannya lagi banyak tak paham dari yang paham. pelik betul!
  Otak milik diri sendiri. Tubuh badan pun diri sendiri tapi tak synchronise ker? Boleh sampai tak paham ni. Bukannya otak aku tapi gabung dengan badan orang lain. Kalau macam tu ada jugak la possibility  tak paham.huhuhu...
  Ataupun aku sendiri yang terlalu banyak @ laju sangat berfikir sampai tak sempat nak di "transform" ke tubuh badan apa yang perlu dibuat. Mungkin kot??? Arghh..Mengarut jer. Aku bukan pakar psychology nak tafsir semua tindak balas tu.
  Yang pasti, aku masih lagi hidup dalam tanda tanya, penuh persoalan, penuh buah fikiran sampai sakit kepala menjadi sahabat baik sekarang ni akibat daripada bebanan tersebut.
  Aku cuma mahu kehidupan aku bertambah baik, berubah menjadi baik dan segala-galanya yang menjerumus ke arah kebaikan.

note by writer: Nak jadi jahat memang senang. Nak jadi baik memang banyak halangan...

Comments

Popular posts from this blog

Vendor Boutique - Bus Stop Cafe

Kembalikah...

Me with Datuk Dr. Maznah Hamid