(Cantik & Tampan) vs ( Tak cantik & Tak Tampan)


Apakah maksud cantik? Mengikut Kamus dewan, cantik ialah sesuatu yang menarik apabila dipandang.

Secara umumnya, cantik bergantung pada persepsi. Ada benda mahupun perkara dilihat cantik oleh sesetengah orang dan sesetengah yang lain tidak melihatnya sebagai cantik sebab persepsi setiap individu pada maksud cantik berbeza- beza, maka tidak ada perkara yang konkrit dapat dikaitkan dengan cantik.

Lelaki yang bertubuh tinggi, berkulit cerah, berdada bidang, berotot dan berambut ikal selalunya dianggap tampan. Perempuan yang berbibir merah, bertubuh langsing, berambut lurus, berkulit cerah dan bersuara manja selalunya dianggap cantik. Habis tu, apa akan jadi pada lelaki mahupun perempuan yang terkeluar dari pandangan streotaip ni? Semuanya akan dianggap tak cantik? Tak tampan?

Itu bermaksud, orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan fizikal dianggap beruntung dan juga dipandang tinggi, manakala orang yang tidak memilikinya dianggap malang dan tidak mungkin dianggap cantik dan tampan? (Wehhh...pandai-pandai jer korang “judges” pemberian-Nya kan..??)

Sejak dari dahulu, mentaliti seumpama ini masih berpasak kukuh di kalangan masyarakat. Mahu tak mahu, semua orang “terpaksa” menerima hakikat. (That’s not me...). Namun percayalah, hari ini idea mengenai kecantikan dan ketampanan yang hanya bersandarkan faktor fizikal bukan lagi sandaran utama untuk dinilai. Tidak lagi mengikut penilaian sosial pada sandaran frasa “Beauty lies in the eye of the beholder”.

Dalam erti kata lain , cantik atau tampan bukan sahaja dinilai oleh mata, sebaliknya juga dinilai oleh hati.Kecantikan dan ketampanan fizikal mungkin dapat memukau mata tapi belum tentu memukau hati.Pandangan mata dan sinarnya lebih jelas dilihat melalui pandangan hati.

Jadi, perlukah untuk merubah menjadi cantik atau tampan fizikal semata mata demi  untuk dilihat cantik dan tampan jikalau hati tu tak cantik dan tak tampan???


(note by writer: Cantik ker hati kau? Kalau muka dah macam kambing gurun, “make up” tebal macam mana pun tetap kambing gurun...)

Comments

Popular posts from this blog

Selamat pagi isnin SEMUA SAHABAT

Vendor Boutique - Bus Stop Cafe

Kembalikah...